314 penduduk Palestin dibunuh sejak tercetus Intifadah al-Quds

BEIT LAHM, 23 Mei 2017 (PIC) — Bilangan penduduk Palestin dan Arab yang dibunuh oleh pasukan keselamatan Zionis sejak tercetusnya Intifadah al-Quds pada awal bulan Oktober 2015 kini mencecah 314 orang, dengan mangsa terakhirnya Ra’ed Radaida, 15, dari Beit Lahm.

Seramai 301 mangsa telah dibunuh secara sengaja di tempat kejadian dan 13 yang lain meninggal dunia beberapa ketika selepas cedera ditembak.

Seramai 85 orang kanak-kanak dan 29 orang wanita turut terkorban. Mangsa termuda adalah bayi lelaki Mohamed Thwabta, 3 bulan, yang meninggal dunia akibat sesak nafas diserang dengan gas pemedih mata di bandar Beit Fajjar, Beit Lahm.

Rejim Zionis masih menahan tujuh jenazah, yang tidak diserah kepada keluarga mereka sebagai hukuman kolektif ke atas keluarga Palestin.

Dua daripada mereka yang dibunuh berasal dari Jordan dan seorang lagi dari Sudan.

Sebilangan besar mangsa dibunuh atas tuduhan menyerang, atau meracang untuk menyerang, Yahudi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts