317 pelarian Palestin hilang di Syria

DAMASKUS, 13 Feb 2019 — Badan Bertindak Bagi Pelarian Palestin di Syria (AGPS) hari ini mendedahkan dokumentasi kehilangan 317 pelarian Palestin, termasuk 37 wanita, sejak tercetusnya perang di Syria.

Menurut AGPS, separuh daripada mereka yang hilang adalah pelarian yang tinggal di kem Yarmouk.

Para aktivis mengesyaki pihak keselamatan Syria menculik pelarian terbabit, termasuk mereka yang dijadikan orang tebusan. Sejumlah tawanan yang telah dibebaskan mendakwa sebahagian daripada mereka yang hilang dikurung dalam penjara-penjara rejim Syria. Pihak bertanggungjawab bagaimanapun enggan mendedahkan lokasi mereka dikurung.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang pemuda Muhammad Adnan Amuri, 24, hilang sejak empat bulan lalu di Jerman. Sehingga kini, maklumat mengenai pemuda kelahiran Yarmouk itu tidak diperolehi. Beliau berhijrah ke Belanda selepas perang tercetus, sebelum berpindah lagi ke Jerman sejak 18 bulan lalu dalam keadaan menanggung sakit.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts