319 penduduk Palestin dibunuh sejak tercetusnya Intifadah al-Quds

GAZA, 7 Jun 2017 (PIC) — Seramai 319 penduduk Palestin dibunuh oleh tentera Zionsi atau pendatang Yahudi sejak tercetusnya Intifadah al-Quds pada bulan Oktober 2015, di mana mangsa terakhir adalah Fadi Najjar, 25, yang ditembak di sempadan Gaza.

Laporan Pusat Kajian Penduduk Palestin dan Yahudi di al-Quds menunjukkan seramai 306 orang mangsa meninggal dunia di tempak kejadian akibat ditembak, manakala 13 yang lain beberapa lama selepas cedera ditembak.

Seramai 80 daripada pembunuhan berlaku di wilayah al-Khalil dan 64 yang lain di kota al-Quds. Manakala seramai 37 penduduk Gaza terkorban ditembak.

Data menunjukkan seramai 87 kanak-kanak termasuk seorang bayi berumur 3 bulan, dan 31 wanita serta kanak-kanak perempuan turut menjadi mangsa.

Sejak awal tahun 2017, seramai 38 orang penduduk Palestin telah terkorban.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts