32 Remaja Palestin Mati Di Bawah Terowong Gaza-Mesir

18 Nov – Satu kajian terbaru telah melaporkan bahawa seramai 32 anak-anak remaja Palestin telah mati di sepanjang dua tahun lepas dalam terowong-terowong penyeludupan yang di bina antara Semenanjung Gaza dan Mesir.

gazasmugglerLaporan itu, dijalankan oleh Persatuan Masyarakat Palestin Kebangsaan untuk Demokrasi dan Undang-Undang. Mereka melaporkan bahwa 32 remaja itu adalah di kalangan 117 rakyat Palestin yang terbunuh dalam terowong-terowong sejak dua tahun lepas.

Terowong-terowong itu menjadi sumber kepada penerusan kehidupan dan berfungsi sebagai satu jalan perhubungan untuk penduduk Palestin di Gaza, yang dipenjarakan dalam sebuah penjara terbesar dunia akibat sekatan dan tekanan Yahudi Israel. Semenanjung Gaza mempunyai keluasan 7 batu, pergerakan mereka terhad akibat pengawasan dari menara-menara pengawal Israel sentiasa mengawasi.

Bot-bot peronda Israel pula menguatkuasakan 3 had batu dalam Mediterranean, dan menembak ke arah semua bot-bot nelayan Palestin yang berdekatan 3 had batu. Manakala tentera Udara Yahudi Israel akan sentiasa terbang merentasi ruang udara Gaza mengancam kebebasan warga Palestin.

Disebabkan oleh sekatan Israel ke atas Gaza, kebanyakan bekalan makanan adalah diseludup melalui terowong bawah tanah. Larangan pada bekalan-bekalan memasuki Gaza termasuklah alat-alat permainan kanak-kanak, alatulis, bekalan keperluan sekolah, dan bahan-bahan pembinaan seperti simen, kaca dan paip plastik, di mana pihak Israel percaya bahawa barangan tersebut boleh digunakan untuk membuat roket-roket. IMMEC/HP

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts