32 tahanan OKU Palestin dibiarkan tanpa rawatan

RAMALLAH, 4 Dis 2016 (Maan) — Seramai 32 orang tahanan Palestin dengan berbagai jenis kekurangan upaya dikurung dalam pusat tahanan Zionis tanpa diberikan rawatan, di mana ramai daripada mereka mengalami kecacatan kekal akibat kecederaan didera ketika disoal-siasat.

Kenyataan Pusat Kajian Tahanan Palestin (PPCS) hari ini mendedahkan bahawa tahanan yang cedera dan kurang upaya tidak dibekalkan dengan peralatan asas, termasuk kerusi roda.

Dalam laporan mereka, PPCS menyebut bahawa tahanan Luay Sati al-Ashqar, 35, dari kota Tulkarem lumpuh sepenuhnya di kaki kiri akibat cedera ketika disoal-siasat oleh pegawai Zionis. Luay dibebaskan setelah merengkok dalam penjara selama tiga tahun, namun ditangkap semula sebanyak tiga kali walaupun beliau masih cedera.

Seorang lagi tahanan, Nader Abd al-Qader Masalma, dari kota al-Khalil lumpuh kedua-dua belah kakinya akibat didera semasa disoal siasat.

Di peringkat awal kempen Intifadh Kedua dari tahun 2000 hingga 2008, seramai 17 orang tahanan Palestin meninggal dunia dalam penjara Zionis kerana tidak diberikan rawatan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts