326 pendatang Yahudi ceroboh masuk, lakukan ritual di al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 18 Sep 2018 — Sekurang-kurangnya 326 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa sejak awal pagi tadi, dan cuba melakukan ritual bersempena perayaan Yom Kippur di atas tapak suci umat Islam itu.

Mereka menceroboh masuk melalui Pintu al-Magharebah dalam gerombolan-gerombolan berurutan, sementara pasukan tentera Zionis menyerang para jemaah dan pekerja Jabatan Wakaf yang berada di situ.

Seramai tujuh orang ahli jemaah dan pekerja masjid dikejarkan ke hospital berdekatan setelah cedera diserang oleh polis. Sementara beberapa orang yang lain telah ditangkap, termasuk pekerja Jabatan Wakaf, Raed Zghayyar.

Pasukan polis Zionis dikerah berkawal di seluruh Kota Lama Baitulmaqdis dan semua laluan menuju ke Masjid al-Aqsa.

(Maan, PNN, MEMO)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts