327 penduduk Palestin terkorban sejak tercetusnya Intifadah al-Quds

LONDON, 3 Julai 2017 (MEMO) — Laporan Pusat Kajian Penduduk Palestin dan Israel di al-Quds menunjukkan bahawa tentera penjajah Zionis telah membunuh seramai 327 penduduk Palestin sejak tercetusnya intifadah al-Quds pada bulan Oktober 2015.

Jumlah pembunuhan terbanyak berlaku di kota al-Khalil, di mana seramai 81 orang telah meninggal dunia, diikuti dengan kota al-Quds seramai 65 orang, Ramallah seramai 33 orang, Jenin seramai 25 orang, Nablus seramai 23 orang, Beit Lahm seramai 20 orang, Tulkarem seramai lapan orang, Salfit seramai lima orang, Qalqiliya seramai empat orang dan seorang lagi di Tubas.

Manakala seramai 52 yang lain dibunuh di wilayah Gaza yang terkepung, dan tujuh lagi dalam wilayah Palestin 1948 yang terjajah.

Seramai 91 orang daripada mangsa adalah kanak-kanak, di mana mangsa paling muda ada seorang bayi berumur tiga bulan.

Seramai 32 penduduk wanita turut menjadi mangsa, termasuk 16 kanak-kanak perempuan. Mangsa termuda adalah Rahaf Hassan, yang terbunuh apabila rumahnya diserang oleh sebuah jet perang Zionis.

Sebanyak 48 pembunuhan dilakukan sejak awal tahun 2017. Sejumlah sembilan jenazah masih ditahan oleh rejim Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts