3,275 pelarian Palestin terkorban di Syria

LONDON, 27 Julai 2016 (PIC) — Laporan Badan Bertindak Bagi Pelarian Palestin di Syria semalam menyebut bahawa seramai 3,275 pelarian Palestin telah meninggal dunia dalam peperangan yang berterusan di Syria.

Laporan bagi setengah tahun pertama 2016 itu turut menyatakan bahawa seramai 1,088 orang pelarian Palestin, termasuk wanita, merengkok dalam penjara rejim pemerintahan Bashar.

Manakala lebih 150,000 pelarian Palestin terpaksa berpindah dan menjadi pelarian buat kali kedua di Lubnan, Turki, Jordan dan Libya, di samping beberapa buah negara Eropah.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts