33 penduduk Palestin ditangkap sepanjang malam

TEBING BARAT, 10 Mac 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menangkap seramai 33 penduduk Palestin dari beberapa daerah Tebing Barat dari malam tadi sehingga awal pagi ini.

Seramai 11 penduduk bandar Azzun dan Hajja di wilayah Qalqiya ditangkap. Enam daripada mereka ada dari keluarga yang sama di perkampungan Azzun, iaitu bapa kepada syuhada Bashar Masalha, empat adik beradiknya dan seorang sepupu beliau.

Enam lagi ditahan di perkampungan Qabatiya, Yabad dan Erqa di Jenin manakala enam yang lain ditangkap di al-Khalil dan bandar-bandar berdekatan.

Tentera penjajah turut menahan lima pemuda termasuk dua beradik di Nablus. Dua lagi ditahan di Jericho dan tiga di Beit Lahm.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts