33 penduduk Palestin termasuk jurnalis diculik

AL-QUDS, 20 Sep 2016 (IMEMC) — Tentera penjajah Zionis menculik 33 penduduk Palestin, termasuk jurnalis Mus’ab Ziyud dan 12 pemuda dari al-Quds, dalam operasi di al-Quds dan Tebing Barat awal pagi tadi.

Tentera Zionis meningkatkan operasi menangkap penduduk Palestin berikutan insiden serangan menikam yang berterusan kebelakangan ini.

Mus’ab Siyud diculik selepas tentera memecah masuk rumah beliau di perkampungan Silat al-Harithiya di barat Jenin. Beliau yang merupakan seorang aktivis media yang terkenal di Jenin bekerja di akhbar Donia al-Watan dan laman berita Ramallah Mix.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts