33 Warga Gaza Ditangkap Di Pintu Lintasan Utara

GAZA, 11 Nov 2105 (PIP) — Pertubuhan hak asasi Mizan melaporkan bahawa seramai 22 warga Gaza, 24 di antaranya peniaga dan 4 orang pesakit, ditangkap di pintu lintasan Beit Banoun “Erez” di utara Gaza sejak awal tahun 2015.

Mizan mendakwa rejim penjajah Zionis melakukan sekatan dan menutup semua pintu masuk Gaza, dengan mengambil kesempatan ke atas kawalan dan penguasaan mutlak mereka ke atas semua lintasan yang menghubungkan Gaza dengan dunia luar. Langkah itu menjadi perangkap bagi penduduk Palestin dan menjadi salah satu kaedah untuk mereka menghasut dan menekan penduduk warga Gaza.

Kebelakangan ini berlaku peningkatan dalam penangkapan ahli perniagaan dan pesakit dari Gaza yang terpaksa cuba melintas sempadan atas keperluan mendesak, seperti untuk mendapatkan rawatan kritikal.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts