330 penduduk Palestin ditangkap sejak awal Ramadan

RAMALLAH, 27 Jun 2016 (MEMO) — Sekitar 330 orang penduduk Palestin telah ditangkap oleh rejim Zionis di al-Quds Timur, al-Khalil, Nabus, Ramallah, Jenin dan Gaza sejak bermulanya bulan Ramadan.

Kenyataan Pusat Kajian Tahanan Palestin menyebut bahawa tentera Zionis meningkatkan serangan ke bandar-bandar Palestin sejak 6 Jun lalu, melibatkan peningkatan dalam tangkapan terutama selepas insiden serangan di Tel Aviv pada 9 Jun lalu.

60 daripada mereka yang ditangkap adalah kanak-kanak, di mana Marwan Sharabati, 10, adalah mangsa paling muda. Manakala 21 orang wanita turut ditangkap.

Sekitar 15 penduduk Gaza, 13 daripadanya nelayan, juga ditangkap dan ditahan di Pelabuhan Ashdod.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts