34 penduduk Palestin cedera dalam pertempuran di al-Quds

AL-QUDS, 17 Apr 2017 (PIC) — Sekurang-kurangnya 34 penduduk Palestin cedera dalam pertempuran dengan tentera Zionis di bandar al-Izriya dan Abu Dis di tenggara al-Quds malam tadi.

Menurut kenyetaan Bulan Sabit Merah Palestin, seramai 11 orang cedera ditembak dengan peluru getah dan 23 yang lain mengalami sesak nafas.

Suasana tegang meningkat di seluruh wilayah Palestin yang terjajah apabila penduduk berarak di jalanan sempena Hari Tahanan dan menyatakan solidariti ke atas 1,500 orang tahanan yang memulakan mogok lapar dalam penjara Zionis pagi tadi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts