NABLUS, 11 Jan 2016 (IMEMC) — Rejim penjajah Zionis hari ini mengeluarkan arahan “tahanan administratif” ke atas 34 orang penduduk Palestin yang sedang berada dalam tahanan.
14 daripada tahanan menerima arahan tersebut buat pertama kali, manakala 20 lagi menerima arahan yang diperbaharui.
Kini terdapat lebih 500 penduduk Palestin dikenakan tahanan administratif, satu hukuman kuno yang kontroversi dan diwarisi sejak era Mandat British, yang membenarkan penduduk Palestin ditahan tanpa sebarang pendakwaan mehupun pengadilan sehingga enam bulan, yang mana tempoh tersebut boleh diperbaharui tanpa had.