34 penduduk Palestin termasuk Gabenor Baitulmaqdis diculik

RAMALLAH, 27 Feb 2019 — Tentera penjajah Zionis malam tadi memecah masuk serta mengeledah rumah-rumah dan menculik sekurang-kurangnya 34 penduduk Palestin, termasuk Gabenor Baitulmaqdis.

Seramai 23 orang termasuk Gabenor Baitulmaqdis, Adnan Gheith, dan peguam Medhat Deiba diculik dari beberapa kejiranan di kota Baitulmaqdis. Adnan ditangkap selepas tentera Zionis memecah masuk rumahnya di Silwan.

Sementara itu tiga penduduk diculik dari wilayah al-Khalil, iaitu Subhi Abu Zeineh, Ayoub Ayman Lafi, 53, dan Ayed Abada al-Shuwahin, 27.

Di Jericho, dua beradik iaitu Mourad dan Iyad Muhammad Zabidat turut diculik. Tiga yang lain diculik dari Ramallah, termasuk ahli majlis Fatah, Zakariya al-Zubeidi, dan peguam Jawatankuasa Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan, Tareq Barghouth.

Juga di Ramallah, kanak-kanak Mahmoud Shaher Bazar, 13, ditangkap di perkampungan Beitillu namun dibebaskan tidak lama kemudian.

Tiga lagi penduduk Palestin diculik dari Jenin di utara Tebing Barat iaitu bekas tahanan Khaled Khalil Kamil, Muhanad Beni Ghara, dan Amar Tarkman.

(Maan, PIC, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts