34 penduduk Palestin termasuk kanak-kanak kembar berumur 12 tahun diculik

RAMALLAH, 4 Julai 2016 (PIC) — Lebih 34 penduduk Palesitn diculik oleh tentera Zionis di seluruh Tebing Barat sepanjang malam sehingga Subuh tadi.

17 penduduk, termasuk kembar beradik berumur 12 tahun Malek dan Muhammad al-Nabulsi di culik di al-Quds dan kem pelarian Qalandiya.

Dalam pada itu lapan penduduk diculik dari al-Khalil termasuk dua saudara pemuda Palestin yang menyerang pendatang Yahudi, Muhammad Tarayra.

Empat yang lain diculik di bandar Beit Fajar dan al-Khader di Beit Lahm, tiga di Tulkarem dan dua lagi di Jenin.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts