Mahkamah British Keluarkan Waran Tangkap Ke Atas Livni Atas Jenayah Perang

Kadima15 Dis – Sumber-sumber media Arab dan Israel melaporkan pada Isnin lalu bahawa mahkamah British telah mengeluarkan surat perintah penangkapan terhadap mantan Menteri Luar Negera Israel, Tzipi Livni akibat peranannya dalam merancang jenayah perang terhadap penduduk Gaza.

Keputusan ini dikeluarkan dikala Livni yang dijadualkan berkunjung ke London, kemudian kembali menghilang atau pulang ke Israel selepas menerima maklumat daripada Scotland Yard berkenaan keputusan mahkamah itu dikeluarkan, namun polis British mengutamakan keputusan penangkapan tersebut dan menyatakan kesungguhan mereka untuk melaksanakan arahan.

Pejabat Livni menolak laporan bahawa perjalanan itu dibatalkan atas arahan ini, namun mengatakan bahawa Livni akan bercakap pada persidangan tersebut melalui teknologi sidang video seperti yang dirancangkan.

Beberapa kumpulan solidariti Palestin di UK telah mengemukakan saman terhadap para pemimpin Israel dan menuduh mereka sebagai jenayah perang. Perang Israel di Gaza pada Disember 2008 sehingga Januari 2009 telah meragut nyawa sekitar 1500 orang Palestin dan lebih dari 5000 tercedera manakala lebih daripada 13 tentera Israel terbunuh di samping kerosakan besar terhadap prasarana.

Livni, yang kalah dalam pemilihan Perdana Menteri dengan Benjamin Netanyahu yang  adalah merupakan pemimpin Kadima, parti yang dibentuk oleh mantan Perdana Menteri Israel Ariel Sharon yang dipimpin oleh para pemimpin senior daripada parti Buruh. immec

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts