35 anggota tentera Zionis ditangkap kerana kesalahan berkaitan dadah

BAITULMAQDIS, 3 Sep 2018 — Beberapa orang penduduk awam bersama 35 anggota tentera Zionis semalam ditahan atas tuduhan mengedar dan mengambil dadah, sebelum dihadapkan ke sebuah mahkamah tentera.

Sepanjang bulan Julai lalu hampir 70 pegawai dan anggota tentera Zionis, termasuk mereka yang sedang bertugas di lapangan, ditangkap atas kesalahan berkaitan dadah.

Februari lalu, 10 anggota tentera Zionis termasuk empat wanita ditangkap kerana menyimpan dan mengambil dadah di pengkalan latihan tentera Gurun Naqab. Mereka didakwa membeli, menjual dan mengambil dadah ketika bertugas.

Kajian Pihak Berkuasa Anti-Dadah Zionis pada bulan Jun lalu menunjukkan 54% daripada anggota tentera Zionis mengaku telah mengambil ganja sepanjang tahun 2017.

(JPost, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts