35 penduduk Baitul Maqdis cedera diserang tentera Zionis

BAITUL MAQDIS, 2 Julai 2017 (PIC) — Sekurang-kurangnya 35 orang penduduk Palestin cedera apabila tentera Zionis menyerang mereka di satu upacara pengkebumian berdekatan Masjid al-Aqsa.

Tentera penjajah Zionis menyerang penduduk yang berarak mengiringi jenazah almarhum Ali Abu Gharbiye, 24, yang mati lemas di Tasik Tiberias tiga hari lalu. Mayat beliau hanya ditemui pagi tadi.

Pertempuran sengit berlaku di kawasan al-Tour, al-Sawana, dan Pintu al-Asbat.

Salah seorang mangsa dikejarkan ke Hospital Hadasah apabila cedera parah ditembak dengan peluru getah di bahagian mata dan mengalami pendarahan dalam kepala. Manakala 10 orang lagi turut dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Tentera Zionis menghalang penduduk, terutamanya para pemuda, menuju ke kawasan berdekatan Masjid al-Aqsa dengan menutup Pintu al-Asbat dan melepaskan tembakan gas pemedih mata.

Laluan masuk ke tanah perkuburan dan kawasan sekitarnya dikawal ketat, di mana seorang pemuda Palestin telah ditangkap.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts