AFULA, 8 Ogos 2016 (IMEMC) — Persatuan Tahanan Palestin (PPS) hari ini melaporkan bahawa pihak pengurusan penjara Galbao yang terletak di utara bandar Afula mengenakan hukuman secara kolektif ke atas 35 tahanan mogok lapar dengan menghalang mereka daripada menemui peguam.
Tahanan terbabit melancarkan mogok lapar sebagai sokongan solidariti ke atas tahanan Bilal Kayed yang mogok sejak 55 hari lalu. Bilal membantah tindakan rejim menahan beliau di bawah tahanan pentadbiran tanpa sebarang pendakwaan, pada hari beliau sepatutnya dibebaskan setelah menamatkan hukuman penjara selama 14.5 tahun.