350 penduduk dari Tebing Barat ditangkap di kota Baitul Maqdis

BAITUL MAQDIS, 18 Jun 2017 (PIC) — Polis Zionis di Baitul Maqdis malam tadi menangkap kira-kira 350 penduduk Palestin dari Tebing Barat atas tuduhan memasuki, atau cuba memasuki, kota suci itu tanpa permit.

Pasukan polis Zionis mengetat kawalan di kota suci umat Islam itu setelah pemimpin mereka, Benjamin Netanyahu, Jumaat lalu mengarahkan supaya membatalkan permit untuk keluarga Palestin memasuki al-Aqsa.

Kenyataan polis menyebut mereka akan terus menangkap penduduk Palestin yang cuba memasuki Baitul Maqdis dan kawasan sekitarnya sehingga akhir bulan Ramadan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts