3,500 Pesakit Gaza Masih Menunggu Rafah Dibuka

GAZA, 24 Nov 2015 (Alray) — Sekitar 3,500 orang pesakit masih menunggu dan berharap pintu lintasan di sempadan Rafah dibuka bagi membolehkan mereka keluar mendapatkan rawatan di hospital di luar Gaza.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Dr Ashraf al-Qidra, dalam kenyataan media beliau telah melahirkan kebimbangan terhadap keadaan sektor kesihatan yang sangat mencengkam di Gaza, berikutan penutupan pintu lintasan Rafah yang berterusan sekian lama.

Menurut Dr Ashraf, usaha keras mereka berhubung dengan pihak Mesir tidak akan membawa sebarang kesan selagimana pintu lintasan tidak dibuka. Justeru beliau menyeru supaya Palang Merah Antarabangsa serta pertubuhan kesihatan dan hak asasi antarabangsa memberi tekanan supaya pintu lintasan dibuka segera bagi memberi laluan kepada pesakit yang sedang menunggu.

Sejak awal tahun ini, pintu lintasan Rafah dibuka hanya selama 19 hari, yang membenarkan hanya beberapa ratus orang ke luar negara.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts