355 penduduk Palestin termasuk 15 kanak-kanak dan 13 wanita ditangkap

RAMALLAH, 1 Julai 2018 — Tentera penjajah Zionis menangkap seramai 355 penduduk Palestin, termasuk 15 kanak-kanak, 13 wanita dan seorang Ahli Parlimen, sepanjang bulan Jun 2018.

Jumlah tangkapan terbesar berlaku di wilayah Tulkarem di mana seramai 56 orang telah ditangkap, 40 daripadanya adalah pekerja yang didakwa memasuki wilayah Palestin 1948 yang terjajah tanpa permit.

Sementara di Gaza, 10 orang ditangkap termasuk enam orang yang didakwa cuba menyusup pagar sempadan, tiga orang nelayan, dan seorang pemuda yang cedera ditembak ketika menyertai perhimpunan Great Return March (GRM).

Tentera Zionis juga menangkap tiga orang jurnalis dari wilayah al-Khalil, iaitu Belal al-Tawil, Mashhour al-Wahwah dan Azmi Banat. Mereka dibebaskan beberapa hari selepas disoal siasat.

Di awal bulan Jun, tentera Zionis menangkap Ahli Parlimen Hamas, Ibrahim Abu Salem, sebelum dibebaskan beberapa hari kemudian.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts