36 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 5 Ogos 2018 — Pasukan polis Zionis mengiringi 36 pendatang Yahudi menceroboh suci Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareba pagi tadi.

Mereka dibawa berarak di perkarangan tapak suci umat Islam itu, sementara kumpulan lain dijangka menceroboh masuk beberapa jam kemudiannya.

Para jemaah bimbang pencerobohan berterusan itu akan menjadikan perkarangan masjid sebagai kawasan yang dikawal oleh pasukan keselamatan Zionis, di mana polis Zionis menyekat dan memeriksa jemaah yang ingin masuk beribadah. Sebahagian daripada jemaah dirampas kad pengenalan mereka, sebagai syarat untuk dibenarkan masuk.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts