36 penduduk Tebing Barat diculik

RAMALLAH, 7 Feb 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik 36 penduduk Palestin termasuk seorang wanita dan seorang kanak-kanak perempuan dari Tebing Barat awal pagi tadi.

Empat pemuda diculik dari beberapa kawasan di Beit Lahm, manakala lima yang lain dari wilayah Jenin, Qalqilya, Nablus, Beit Lahm dan Ramallah.

Manakala di Jericho, lima pemuda ditangkap bersama kanak-kanak Amir al-Sarfandi.

Dalam pada itu, tentera Zionis menyambung semula operasi di kota Nablus dan sekitarnya serta menculik enam pemuda, selepas insiden pertempuran yang mengorbankan pemuda Palestin, Khaled Waleed Tayeh.

Kenderaan peronda tentera menyerbu kawasan Rafidya di kota Nablus dan bertempur dengan penduduk, sebelum mereka memecah masuk sebuah apartmen dan menculik dua orang pemuda.

Seramai empat yang lain diculik dari rumah mereka di perkampungan al-Lubban ash-Sharqiya, selatan Nablus.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts