RAMALLAH, 30 Apr 2017 (PIC) — Laporan Pusat Biro Statistik Palestin (PCBS) bersempena sambutan Hari Buruh mendedahkan bahawa seramai 361,000 penduduk Palestin tidak mempunyai peluang pekerjaan.
Statistik menunjukkan 145,000 penduduk Tebing Barat dan 207,000 penduduk Gaza terpaksa mengharungi hidup tanpa pekerjaan.
Kadar pengangguran di Tebing Barat bagi tahun 2016 adalah sebanyak 17.9%, manakala di Gaza sebanyak 41.7%.