3,613 Pelarian Palestin Terkorban Di Syria Sejak 2011

LONDON, 26 Nov 2017 — Kenyataan media Badan Bertindak Bagi Bangsa Palestin di Syrian (AGPS) di London Khamis lalu menyebut bahawa 3,613 orang pelarian Palestin telah terkorban sejak tercetusnya perang di Syria pada tahun 2011.

Daripada jumlah tersebut, 463 orang adalah wanita. Sementara 1,642 lagi pelarian Palestin, termasuk 105 wanita, masih berada dalam kurungan rejim Syria.

Menurut AGPS, 204 orang pelarian meninggal dunia akibat tidak mendapat makanan dan perubatan.

Kira-kira 85,000 pelarian Palestin di Syria terpaksa berpindah menjadi pelarian kali kedua ke Eropah. Bagaimanapun seramai 450,000 pelarian Palestin masih bertahan di bumi Syria.

AGPS ditubuhkan pada tahun 2012 sebagai sebuah badan hak asasi yang memantau situasi pelarian Palestin di Syria.

(Sumber: DoP)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts