GAZA, 5 Mac 2018 — Seramai 3,651 orang bayi dilahirkan di Gaza sepanjang bulan Februari lalu, berbanding dengan angka kematian seramai 302 orang.
Statistik rasmi Kementerian Dalam Negeri menunjukkan 51% atau 1,861 orang daripada bayi yang dilahirkan adalah lelaki. Penduduk daerah kota Gaza mencatatkan bilangan kelahiran tertinggi seramai 1,323 orang, diikuti dengan daerah Khan Younis seramai 718 orang.
(Alray)