3,658 pendatang Yahudi ceroboh masuk Masjid al-Aqsa sepanjang April

BAITULMAQDIS, 8 Mei 2019 — Seramai 3,658 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa sepanjang bulan April lalu.

Laporan Pusat Informasi Wadi Hilweh menyebut bahawa pencerobohan beramai-ramai berlaku pada minggu pertama dan pertengahan bulan, bersempena perayaan Paskah Yahudi. Dalam tempoh seminggu perayaan mereka, 2,230 pendatang Yahudi telah menceroboh masuk sambil melakukan ritual khusus di perkarangan dan juga kawasan berdekatan pintu-pintu di luar al-Aqsa.

Sementara itu, polis Zionis memburu pemuda-pemuda Palestin yang membuka Pintu al-Rahmah pada awal bulan. Seramai lima orang telah ditangkap dan diharamkan memasuki tapak suci umat Islam itu. Pada masa yang sama mereka mengeluarkan sebanyak 18 arahan lain yang mengharamkan penduduk Palestin, termasuk seorang wanita, memasuki al-Aqsa.

Sepanjang April, seramai 130 orang telah ditangkap di kota Baitulmaqdis, termasuk empat kanak-kanak berumur bawah 12 tahun, 25 kanak-kanak bawah umur dan dua wanita. Dua orang penduduk Plaestin, Ishaq Arafa, 31, dan Munir Rajabi, 47, telah dibatalkan status sebagai penduduk Baitulmaqdis. Ishaq dihukum penjara seumur hidup dengan tambahan 60 tahun, sementara Munir dijatuhkan hukuman selama 20 tahun.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts