GAZA, 5 Apr 2017 (Alray) — Seramai 3,850 orang bayi dilahirkan di Gaza sepanjang bulan Mac lalu, mencatatkan purata 124 orang bayi sehari.
Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri menunjukkan bahawa sepanjang tempoh tersebut, 278 orang penduduk Gaza dilaporkan meninggal dunia, iaitu seramai purata 9 orang sehari.
Sepanjang Februari lalu, seramai 4,140 bayi telah dilahirkan.