GAZA, 15 Nov 2016 (PIC) — Pihak berkuasa Mesir membuka pintu lintasan sempadan Rafah buat hari kedua berturut-turut, di mana seramai 386 orang telah dibenarkan memasuki wilayah Mesir semalam.
Manakala seramai 274 yang terkandas di Mesir berjaya memasuki ke Gaza. Bagaimanapun pihak berluasa Mesir tidak membenarkan 30 orang meninggalkan Gaza tanpa diberi alasan.
Ahad lalu, pihak berkuasa Mesir mengumumkan pintu lintasan Rafah akan dibuka selama lima hari berturut-turut sehingga hari Jumaat bagi kes-kes kemanusiaan, pesakit, pelajar, pemegang pasport Mesir dan juga mereka yang mempunyai visa perjalanan.