3,920 pelarian Palestin maut di Syria

DAMASKUS, 10 Mac 2019 — Pasukan Pemantauan dan Dokumentasi Badan Bertindak Pelarian Palestin di Syria melaporkan bahawa seramai 3,920 pelarian Palestin telah terkorban dalam peperangan di Syria.

Kem Yarmouk mencatatkan jumlah korban tertinggi dengan 1,422 orang mangsa, diikuti dengan kem Daraa di selatan Syria dengan 263 korban.

Di kem Daraa Khan al-Sheih di Damaskus, seramai 202 kanak-kanak telah terbunuh. Sementara di kem pelarian al-Nayrab di Aleppo, seramai 168 kanak-kanak terkorban, dan 124 yang lain terbunuh di kem Husseiniya.

Menurut laporan itu lagi, seramai 1,198 pelarian terkorban akibat letupan roket, 1,068 ditembak, dan 572 yang lain disiksa hingga mati dalam penjara.

Sementara itu, nasib lebih 1,733 pelarian Palestin dalam penjara-penjara Zionis masih tidak diketuhui.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts