4 Askar Zionis Cedera Dirempuh Kenderaan, Pemandu Palestin Ditembak

BETHLEHEM, 24 Nov 2015 (IMEMC) — Seorang pemuda Palestin cedera ditembak selepas kenderaan yang dipandu merempuh sekumpulan askar Zionis di sekatan Za’atara di utara Nablus, mencederakan empat orang daripada mereka.

Tidak jelas samada insiden tersebut adalah satu kemalangan atau rempuhan secara sengaja. Asmi Sahel Naffa’, pelajar jurusan undang-undang di Universiti an-Najah di Nablus dikejarkan ke sebuah hospital dalam keadaan parah ditembak beberapa kali.

Tentera Zionis sememangnya dilatih untuk menembak pemandu Palestin sekiranya mereka mengesyaki serangan menggunakan kenderaan atau melanggar dilakukan, sekalipun mereka tidak pasti dengan keadaan yang berlaku samada ianya satu serangan atau kemalangan jalanraya.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts