QALANDIA, 8 Julai 2017 (ISM) — Empat bangunan apartmen untuk kediaman 80 keluarga Palestin di Qalandia bakal diroboh oleh rejim Zionis untuk pembinaan Tembok Pemisah dan “laluan keselamatan” di sepanjang tembok tersebut.
Salah satu daripada bangunan tersebut masih lagi dalam pembinaan, manakala baki tiga lagi sedang diubahsuai. Beberapa keluarga Palestin telah berpindah masuk dan tinggal dalam bangunan tersebut.
Tembok Pemisah sedia ada telah pun memisahkan penduduk Palesitn di Qalandia dari tanah kebun mereka, yang dirampas dan diguna untuk tujuan ketenteraan termasuk membina sebuah pengkalan tentera.