4 beradik Palestin ditangkap selepas diserang pendatang Yahudi

RAMALLAH, 6 Ogos 2018 — Tentera Zionis menangkap empat beradik dari keluarga Badwi Palestin selepas mereka diserang oleh segerombolan pendatang Yahudi di timur laut kota Ramallah pagi tadi.

Empat beradik tersebut, Mohammed, Khalif, Tayel dan Omar, diserang ketika bekerja di kawasan kebun mereka di al-Ma’rajat, berdekatan perkampungan al-Taybeh. Tentera Zionis menangkap mereka selepas gerombolan pendatang mendakwa diserang oleh keluarga Badwi tersebut.

Mereka dilarikan ke lokasi rahsia, dan ibubapa mereka masih tidak diberikan malumat.

Beberapa keluarga Palestin diserang oleh gerombolan pendatang Yahudi dilokasi sama kira-kira 10 hari lalu.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts