4 cedera, 2 diculik di kem Deheisheh

BEIT LAHM, 1 Ogos 2016 (Maan) — Empat pemuda Palestin cedera ditembak dan dua lagi diculik setelah tentera Zionis menyerang masuk kem pelarian Deheisheh di selatan Beit Lahm pagi tadi.

Pasukan khas tentera Zionis menyerang masuk kem tersebut pada jam 6:00 pagi dengan menaiki sebuah kenderaan awam Palestin, kemudian menculik dua pemuda terbabit yang disyaki sebagai operatif PFLP, Yazan Hijazi dan Mustafa al-Hasanat, di rumah mereka.

Sejurus selepas penculikan tersebut, pasukan tentera tambahan menyusul masuk dan bertempur dengan kumpulan pemuda Palestin, yang cuba menghalang tentera dengan membaling batu dan bom Molotov.

Tentera penjajah dilaporkan berundur keluar, di mana salah seorang daripada mereka cedera terkena batu di bahagian muka.

Empat pemuda Palestin cedera ditembak dengan peluru hidup dan dikejarkan ke Hospital Beit Jala.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts