4 Cedera Ditembak Di Sempadan Gaza

GAZA, 12 Dis 2017 — Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza mengumumkan bahawa empat orang cedera ditembak oleh tentera Zionis di kawasan timur Gaza tengahari tadi. Salah seorang daripada mereka dalam keadaan parah di bahagian kepala.

Pertempuran antara pemuda Palestin dan tentera Zionis di kawasan sempadan di timur Gaza berterusan sejak enam hari lalu. Empat orang telah terbunuh dan lebih 1,000 yang lain cedera sejak Presiden Amerika mengiktiraf kota suci al-Quds sebagai ibukota negara haram Zionis.

(Sumber: PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts