4 diculik dari al-Khalil, Qalqilya dan Baitulmaqdis

AL-KHALIL, 24 Mei 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik empat pemuda Palestin dari kawasan al-Khalil dan Qalqilya di Tebing Barat sepanjang malam tadi.

Dalam kejadian di al-Khalil, tentera Zionis memecah masuk dan menggeledah beberapa buah rumah di bandar Halhoul, utara al-Khalil, dan menculik Mohannad Ibrahim Zama’ra, 22. Tentera turut menyerbu bandar Doura di selatan al-Khalil dan menculik Mo’men Yousef Sharawna selepas menggeledah rumahnya.

Seorang lagi penduduk Palestin, Ahmad Jamal Radwan, diculik dari bandar Azzoun di timur wilayah Qalqilya. Beliau ditangkap ketika menuju ke kampus Universiti Teknikal Palestin – Kadoorie.

Di Baitulmaqdis, seorang pemuda diculik ketika polis Zionis menyerang penduduk Palestin yang berada di kawasan Pintu al-Amoud selepas selesai solat Terawih di Masjid al-Aqsa.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts