4 ditangkap di Nablus atas tuduhan membawa pisau

NABLUS, 31 Julai 2016 (PIC) — Tentera Zionis petang semalam menangkap empat pemuda Palestin di sekatan tentera Huwarah di selatan Nablus atas tuduhan membawa pisau.

Kereta yang dinaiki para pemuda tersebut diarah berhenti ketika cuba melintasi sekatan tentera. Tentera mendakwa mereka menemui beberapa bilah pisau setelah memeriksa semua pemuda terbabit dan kereta yang mereka naiki.

Para pemuda yang berumur dari 19 hingga 27 tahun ditangkap dan dibawa ke destinasi yang tidak diketahui. Mereka berasal dari bandar Aqraba dan Ouserin di Tebing Barat.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts