4 kapal Freedom Flotilla tiba di Jerman

KIEL, JERMAN, 23 Mei 2018 — Kapal utama Freedom Flotilla, Al-Awda, dinaiki pasukan pengawal pantai Jerman atas arahan Kementerian Dalam Negeri Jerman ketika tiba di pelaburan Kiel tengahari tadi.

Laporan Freedom Flotilla Coalition menyebut pasukan pengawal tersebut mengumpul semua pasport dan mengambil maklumat semua penumpang, di samping memeriksa kapal secara terperinci. Mereka turut menyoal tentang maklumat pelabuhan-pelabuhan yang akan disinggah oleh kapal tersebut sepanjang pelayannya ke Gaza, di samping maklumat kapal-kapal lain yang akan menyertai konvoi laut itu.

Empat buah kapal Freedom Flotilla kini tiba di pelabuhan Kiel di utara Jerman, iaitu Al Awda (Kepulangan), Hurriya (Kebebasan), Falestine (Palestin), dan Mairead (sempena pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Mairead Maguire). Kapal-kapal tersebut akan berada di Kiel sehingga Jumaat, 25 Mei.

Aktivis yang menaiki Al-Awa termasuklah Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Nazari Ismail, dan Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Kamarul Zaman Shaharul Anwar.

(IMEMC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts