GAZA, 7 Okt 2016 (PIC) — Empat pemuda Palestin cedera ditembak oleh tentera Zionis dalam dua perarakan aman yang diadakan di timur kota Gaza dan kem pelarian al-Buriej.
Seorang daripadanya ditembak di bahagian kaki ketika berarak bersama kumpulan pemuda Gaza berdekatan pos tentera Nahal Oz di timur kota Gaza.
Seorang lagi ditembak di kem pelarian al-Bureij, manakala dua yang lain cedera sesak nafas apabila tentera Zionis melepaskan tembakan peluru hidup dan gas pemedih mata dalam perarakan di situ.
Perarakan solidariti Intifadah diadakan di Gaza secara besar-besaran pada setiap hari Jumaat sejak Oktober 2015 bagi mendukung perjuangan di Tebing Barat dan al-Quds.