4 pemuda Palestin dijatuhkan hukuman penjara dan denda oleh mahkamah tentera Ofer

RAMALLAH, 19 Jan 2017 (PIC) — Mahkamah tentera Zionis di Ofer hari ini menjatuhkan hukuman berat ke atas empat pemuda Palestin dari Tebing Barat, termasuk seorang bekas tahanan yang dibebaskan dalam tukaran Wafa al-Ahrar.

Yasri Sharbati dijatuhkan hukuman penjara selama 22 tahun di samping denda sebanyak US$19,000. Beliau ditangkap pada tahun 2013, dua tahun selepas dibebaskan dalam persefahaman tukaran tahanan Wafa al-Ahrar setelah menghabiskan lapan tahun daripada 25 tahun hukuman yang dikenakan ke atas beliau. Pihak rejim mengenakan semula hukuman lama ke atas beliau, dengan tambahan selama lima tahun atas tuduhan melanggar syarat pembebasan.

Seorang lagi tahanan, Abdul Aziz Hamad, dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan bulan dan denda sebanyak 2,000 shekel manakala Rafes Aslan akan dipenjara selama 15 bulan dan didenda sebanyak 3,000 shekel.

Tahanan Ibrahim Hamed pula dikenakan hukuman penjara selama 20 bulan dan denda sebanyak 4,000 shekel.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts