4 pemuda Palestin ditembak mati di Tebing Barat

BAYT LAHM, 7 Jan 2016 (Maan) — Tentera Zionis menembak mati empat pemuda Palestin di bandar Sair dalam dua insiden berlainan atas tuduhan cuba menikam tentera.

Dalam kejadian di persimpangan Gush Etzion, tiga orang ditembak mati setelah didakwa cuba menikam tentera yang berkawal di situ. Jurucakap Bulan Sabit Merah Palestin mendakwa mereka dihalang daripada mendekati mangsa untuk memberi bantuan.

Ketiga-tiga mereka dikenali sebagai sepupu bersaudara yang berasal dari bandar Sair iaitu Ahmad Salim Abd al-Majid Kawazba, Alaa Abed Muhammad Kawazba, dan Muhannad Ziyad Kawazba.

Tidak lama selepas insiden tersebut di bandar yang sama, Muhammad al-Shalaldah, 16 tahun, ditembak mati apabila dituduh cuba menikam tentera Zionis di persimpangan Beit Einun di utara al-Khalil.

145 penduduk Palestin ditembak mati oleh tentera Zionis sejak Oktober lalu, sebahagian besarnya di Tebing Barat.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts