4 penduduk Palestin ditahan atas tuduhan khianat cetus kebakaran

BEIT LAHM, 24 Nov 2016 (Maan) — Polis penjajah Zionis menangkap empat penduduk Palestin atas tuduhan perbuatan khianat yang menyebabkan kebakaran besar melanda wilayah tengah dan utara Palestin 1948 yang terjajah sejak tiga hari lalu.

Ketua polis Zionis Roni Alsheich mengesahkan semua suspek berasal dari Tebing Barat dan ditangkap di utara wilayah Palestin 1948 yang terjajah, tanpa memberi sebarang maklumat lanjut serta sebab-sebab yang mengaitkan mangsa dengan bencana tersebut.

Cuaca kering dan angin kencang menyebabkan api merebak cepat ke utara, termasuk ke wilayah Nablus di Tebing Barat. Di beberapa kawasan di Haifa, api marak setinggi 10 meter sehingga mengancam bangunan tinggi.

Menteri Keselamatan Dalam Negeri Gild Erdan menjangka kebakaran akan berlarutan sehingga minggu hadapan kerana angin kuat.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts