4 rumah penduduk Palestin diroboh di Lod

LOD, 18 Julai 2018 — Pihak berkuasa Zionis meroboh empat buah rumah penduduk Palestin di kota Lod, di tengah wilayah Palestin 1948 yang terjajah.

Pasukan polis Zionis mengawal jentera buldozer yang dibawa masuk pada awal pagi sebelum mula meroboh empat buah rumah milik keluarga al-Sani’, yang didakwa tidak mempunyai permit pembinaan.

Seramai 40 ahli keluarga al-Sani’ tinggal dalam bangunan-bangunan tersebut.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts