40 Wanita Palestin Dalam Penjara Zionis

RAMALLAH, 21 Nov (Maan) — Jumlah tahanan wanita Palestin di penjara Zionis kini meningkat kepada 40 orang.

Penjara wanita HaSharon kini dilaporkan berada dalam keadaan sesak, dan pihak rejim memutuskan untuk memindahkan tiga tahanan wanita ke penjara Ashkelon.

Jurucakap Jawatankuasa Hal Ehwal Tahanan Pihak Berkuasa Palestin (PA), Issa Qaraqe, melaporkan bahawa seramai sembilan orang remaja perempuan Palestin di bawah umur 18 tahun ditahan di dalam penjara, iaitu Marah Bakir, Istabraq Noor, Hiba Jubran, Hadil Kalbiya, Nour Salameh, Dina Sbeih, Lynne al-Hih, Shurouq Dwayyat dan Jihan Ereiqat.

Enam daripada wanita yang ditahan masih mengalami kecederaan ditembak tentera Zionis ketika ditangkap. Manakala dua daripada mereka iaitu Jurin Qadah dari Ramallah dan Asmaa Hamdan dari Nazareth dikenakan tahanan pentadbiran selama tiga bulan.

Seorang ahli parlimen wanita, Khalida Jarrar, juga masih berada dalam tahanan, di mana beliau sedang melalui satu perbicaraan yang berlanjutan sejak hampir lapan bulan lalu. Rejim Zionis pada mulanya menahan beliau di bawah tahanan pentadbiran, tetapi berikutan desakan antarabangsa mereka kemudiannya membuat 12 pertuduhan ke atas beliau, kebanyakannya berkaitan kegiatan politik.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts