400 Kanak-Kanak Ditahan Dipenjara Zionis

GAZA, 21 Nov 2015 (PIC) — Persatuan Tahanan Palestin menyatakan bahawa seramai 400 kanak-kanak Palestin yang berumur dari 11 hingga 14 tahun dipenjarakan oleh rejim Zionis.

Bersempena dengan Hari Kanak-Kanak Sedunia, persatuan tersebut mengeluarkan kenyataan media yang juga mendedahkan bahawa 11 daripada kanak-kanak tersebut, termasuk enam perempuan, ditahan di bawah tahanan pentadbiran. Melalui tahanan pentadbiran, Zionis boleh menahan penduduk Palestin tanpa pendakwaan mahupun perbicaraan untuk tempoh yang tidak tetap.

Kenyataan tersebut turut menyebut bahawa sebilangan kanak-kanak ditembak dengan peluru hidup sebelum mereka ditangkap dan dibawa ke hospital. Jalal Sharawna, 17 tahun, telah kehilangan kakinya dalam satu insiden seperti itu.

Sejak Oktober lalu, seramai 700 kanak-kanak Palestin telah ditahan dengan majoritinya dari Al-Khalil dan Al-Quds. Kebanyakan mereka dibebaskan dengan ikatan jamin atau dikenakan tahanan dalam rumah.

Ketika dalam tahanan, kanak-kanak ini terdedah kepada pelbagai bentuk tindakan zalim seperti tembakan secara sengaja, dihalang dari mendapat makanan dan air sehingga dua hari, dipukul secara brutal, dimaki dan berbagai bentuk paksaan lain. Keadaan beberapa buah penjara, seperti di Ajafon, tidak sesuai sama sekali untuk dijadikan tempat tahanan manusia.

Kanak-kanak ditahan di empat buah penjara utama iaitu Hasharon, Ofer, Megiddo, dan Ajafon. Penjara Etzion bagaimanapun dikatakan sebagai pusat tahanan paling teruk bagi tahanan kanak-kanak dari segi penderaan dan layanan kejam yang mereka hadapi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts