4,000 pesakit perlukan rawatan di luar Gaza

GAZA, 22 Dis 2015 (Maan) — Kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin semalam memaklumkan sekitar 4,000 pesakit Gaza perlu keluar dari wailayah yang dikepung itu bagi mendapatkan rawatan.

Jurucakap kementerian, Dr Ashraf al-Qidra, mendesak pintu lintasan di sempadan Rafah dibuka bagi memberi laluan kepada pesakit terbabit.

Dalam satu tunjuk perasaan di pintu sempadan Rafah semalam, beliau menjelaskan bahawa penutupan secara berterusan pintu lintasan di Rafah oleh pemerintahan Mesir mengeruhkan lagi masalah kesihatan penduduk Gaza yang sudah pun dikepung oleh rejim Zionis sejak lebih sembilan tahun lalu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts