419,000 penduduk Palestin tinggal di al-Quds

AL-QUDS, 22 Mei 2016 (PIC) — Dianggarkan seramai 419,00 penduduk Palestin tinggal di al-Quds yang terjajah sehingga pertengahan tahun 2015, iaitu 9% daripada jumlah keseluruhan penduduk Palestin dan 14.6% daripada semua penduduk Tebing Barat.

Laporan statistik Pusat Statistik Palestin menunjukkan bahawa sebahagian besar penduduk Palestin di al-Quds adalah remaja, di mana 35.2% daripada penduduknya berumur di bawah 15 tahun. Manakala mereka yang berumur di atas 60 tahun dianggarkan berjumlah 6.7%. 25.1% daripada penduduk Palestin di al-Quds adalah pelarian.

Dalam pada itu, 26 daripada 148 penempatan haram Yahudi di Tebing Barat terletak di kawasan al-Quds. 281,681 pendatang Yahudi tinggal di al-Quds, iaitu 48.5% daripada 581,000 pendatang Yahudi yang tinggal secara haram di Tebing Barat.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts