42 cedera apabila tentera Zionis serang penjaga Masjid al-Aqsa

AL-QUDS, 21 Julai 2017 (PIC) — Sekurang-kurangnya 42 jemaah dan penjaga Masjid al-Aqsa cedera diserang tentera Zionis berdekatan Puntu al-Asbat malam tadi.

Mereka tetap cekal berjaga di luar tapak suci umat Islam itu walaupun tentera melepaskan tembakan. Dua orang cedera parah ditembak dengan peluru getah di bahagian dada. Menurut Bulan Sabit Merah Palestin, semua mangsa dibawa ke hospital.

Di samping itu, tentera juga menghalang pasukan ambulan mendekati kawasan Pintu al-Asbat dan Wadi al-Joz.

Pertempuran juga tercetus di Pintu al-Sahera dan bandar al-Ram di utara al-Quds, di mana tentera menggunakan helikopter untuk membantu operasi mengepung jemaah yang berjaga di sekitar Masjid al-Aqsa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts